PUTRAJAYA: Kementerian Luar melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, memantau rapat perkembangan berikutan beberapa serangan kebakaran yang berlaku di Pattani, Yala dan Narathiwat, pada awal pagi Jumaat.
Kementerian itu dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata berdasarkan laporan terkini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas kerana insiden berkenaan.
"Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut," menurut kenyataan itu.
Ia juga mengingatkan rakyat Malaysia di kawasan terjejas agar berwaspada dan berhati-hati dan mengikuti perkembangan terkini serta nasihat yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut dinasihatkan untuk menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla di No 4, Sukhum Road, Tambon Boryang Muang District Songkhla 90000 Thailand, atau hubungi talian +(6674) 316 274 / +(6693) 6570707 atau e-mel, [email protected].
Bernama pada 22 Mac melaporkan Komander Wilayah Tentera Darat Keempat, Lt Jen Santi Sakuntanark berkata sekurang-kurangnya 30 serangan kebakaran dilaporkan di tiga wilayah itu menyasarkan kedai serbaneka 7-Eleven, kedai, menara sel, kamera litar tertutup (CCTV) dan kenderaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 23 2024
Pemangku Ketua Polis Negara Pol Jen Kittarat Panphet bertemu dengan pemilik gudang peralatan elektrik selepas ia musnah dalam serangan kebakaran di Yala. - Bernama
Pukul OKU: Buat aduan kepada IPCC sekiranya ragu siasatan kes - Azalina
Mana-mana pihak boleh membuat aduan kepada Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) yang diwujudkan untuk melindungi hak rakyat.
Lapan lagi calon daftar untuk bertanding jawatan Presiden Iran
Lapan lagi calon presiden telah mendaftar untuk bertanding jawatan presiden Iran menjelang pilihan raya awal pada akhir Jun, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).
Jenazah pendaki rakyat Malaysia berjaya dibawa turun
Kementerian Luar Negeri, melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles, ingin memaklumkan bahawa jenazah pendaki warganegara Malaysia yang meninggal dunia di Mount Denali, Alaska, Amerika Syarikat telah selamat dibawa turun dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan.
Sungai Kandis bertukar biru bukan punca dari kilang - JAS
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor percaya aliran air berwarna biru ke Sungai Kandis yang dikesan pada Sabtu berpunca daripada pembuangan bahan berwarna pihak tidak bertanggungjawab.
Tahfiz perlu turut dalami ilmu sains dan teknologi - Abang Johari
Tahfiz tidak seharusnya terhad kepada pengajian berkaitan agama saja, tetapi juga perlu dilengkapi dengan pengetahuan luas dalam ilmu sains serta teknologi.
Jasad pendaki Malaysia selamat dibawa turun dari Gunung Denali, Alaska
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Ahad berkata jasad pendaki itu kini berada di pejabat kesihatan tempatan menunggu untuk dibedah siasat.
Lima projek mitigasi banjir berkos RM247 juta dilaksanakan di SPS
Lima projek mitigasi banjir jangka pendek dan jangka panjang sedang dan akan dilaksanakan di daerah Seberang Perai Selatan.
Polis tahan lelaki bantu siasatan kes buang kucing dalam sungai
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes kucing dibungkus dalam guni dan dibuang ke sungai di Jalan Kota Giam, Jelutong.
Penuntut UiTM nyaris maut kereta terjunam dalam sungai
Hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati kemalangan itu tidak melibatkan kenderaan lain.
Kerajaan sedia pelbagai inisiatif bagi majukan TVET - Ahmad Zahid
Kerajaan telah menyediakan pelbagai inisiatif untuk memajukan Pendidikan dan Latihan dan Teknikal Vokasional (TVET) di negara ini.
Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla pantau rapat serangan kebakaran di selatan Thailand
Berdasarkan laporan terkini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas kerana insiden berkenaan.